 Kursus Bimbingan dan Kaunseling amat memerlukan latihan praktikal untuk menguasai teknik-teknik kaunseling sama ada secara individu atau kelompok. Dalam Teori Behavioral, 'Transactional Analysis' (T.A) juga menekankan kepentingan penguasaan salah satu teknik yang bernama 'Role Play'. Maka dalam proses pembelajaran pada hari Sabtu, suatu demonstrasi tentang 'Parts Party' dan 'Sculpting' mengikut model Satir telah diaplikasikan dalam pengajaran dan latihan praktikal yang bertujuan melatih pelajar untuk penguasaan teori dan teknik kaunseling tersebut. Kelebihan teknik ini, bertujuan memberi keinsafan dan kesedaran kepada klien melalui lakonan oleh rakan sebaya ke atas pelbagai karakter dan peranannya yang berbeza apabila berhadapan dengan watak-watak yang berlainan dalam kehidupannya (ahli keluarga, rakan sejawat, bos, kawan, pelajar dll). Antaranya, klien perlu mencari kekongruenan dan konsistensi tentang peranan dirinya apabila berhadapan dengan orang kelak. |