Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Sekolah Bestari
Di hantar oleh isnamaku_kupp pada May 27 2009 00:36:20
Latihan Sekolah Bestari

IPGM Kampus Pulau Pinang telah melaksanakan Kursus Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Guru Bestari  pada 22 April 2009 sehingga 15 Mei 2009. Seramai 30 orang guru yang terdiri daripada 21 orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan sekolah rendah di Pulau Pinang telah mengikuti kursus ini.

Berita Penuh

IPGM Kampus Pulau Pinang telah melaksanakan Kursus Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Guru Bestari  pada 22 April 2009 sehingga 15 Mei 2009. Seramai 30 orang guru yang terdiri daripada 21 orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan sekolah rendah di Pulau Pinang telah mengikuti kursus ini.

Kursus ini telah dikendalikan oleh 24 orang pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator dan diketuai oleh Penyelaras Latihan Guru Bestari, Puan Yasmin bt.
Osman.  Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan guru yang dapat mengamalkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran bestari berasaskan mata pelajaran sekolah (smart teacher and smart pedagogy).

Latihan Sekolah Bestari

Pelaksanaan kursus ini berdasarkan prinsip Pemahaman Berdasarkan Reka Bentuk (Understanding By Design) yang memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang memantapkan kompetensi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Peserta akan diberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan menggunakan Modul Pembelajaran Bestari melalui cakera padat dan kit pembelajaran yang disediakan.

Struktur kursus ini merangkumi Komponen A yang melibatkan interaksi selama 30 jam telah mendedahkan peserta kepada konsep pembestarian sekolah dan penghayatan pengajaran dan pembelajaran bestari, Komponen B melibatkan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi 30 jam dan Komponen C yang terdiri daripada penyediaan pakej pengajaran dan pembelajaran bestari, pembentangan pakej dan simulasi akan melibatkan interaksi selama 60 jam.

Latuhan Sekolah Bestari

Pada kohort 1 ini, sebanyak 6 Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Projek telah dihasilkan  peserta secara berkumpulan. Pakej yang terbaik telah mewakili IPGM Kampus Pulau Pinang dalam Pertandingan  Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Base Learning) sempena Penutupan Kursus Intel Teach Essential KPLI dan Guru Bestari anjuran IPGM Kampus Bainun.

Pertandingan ini melibatkan IPGM Kampus Bainun, IPGM Kampus Pulau Pinang dan IPGM Kampus Perlis. Dalam pertandingan tersebut peserta IPGM Kampus Pulau Pinang  yang membentangkan Pakej PBL yang bertajuk “Kiamat Telah Hampir” telah berjaya mendapat johan. Tahniah kepada peserta yang telah mempunyai komitmen yang tinggi dan fasilitator yang telah memberikan tunjuk ajar yang berkesan.

Laporan Disediakan Oleh:
Abdul Latib bin Abd Rahman
Jabatan Pengajian Melayu